Wednesday, January 23, 2008

Selamat bercuti Malaysiaku




santek nye gambar ni


Malaysia cuti hari ni berikutan perayaan Hari Thaipusam. Selamat Hari Thaipusam saya ucapkan buat mereka yang beragama Hindu. "sila jgn usik saya, timaceh" *yg paham paham saja*

sebenarnya, aku malu nak mengaku ttg ni. selama ni aku kurang pasti macam mana Perayaan Thaipusam ni disambut :(. *malu* yang aku tahu, ianya akan disambut secara besar-besaran sekali setahun di Kuil Subramaniar, Batu Caves, Selangor. perayaan ni disambut sempena memperingati dewa subramania.




Bagusnya, sbb dah lama tak 'udpet' update blog aku yg mengarut dgn tapape ni. at least paham la skg sket-sket ttg perayaan ini *hari ni baru nak paham!*. mmg patut tahu kot sue, general knowledge!. apo la aku belajar dulu kat sekolah eh?. aku tau cikgu ajar ni mase sek. ren. sbbnyer aku tak ske gi skolah, dah tak suke, maknenyer ape cikgu ckp pon aku tak dgr la kot. he he. ape jenis tinge aku ade neh. tinge kat pwot ade la *kehkehkeh*



maaf kalao saya tersilap faham ttg perayaan ini *ckpawai2*


rupa-rupanya 'thai' ialah bulan keseploh dlm kalendar mereka. pusam plak bermaksud armm bintang terang << ?? btol ke ni, sila btolkan saya. :p kiranya pada hari ni bulan penuh akan melintasi bintang terang tuh. mmg ramai giler la penganut hindu akan berarak dengan muzik ke batu caves. dorang akan berarak beramai-ramai dari kuil jln Tun Hs Lee tros ke kuil subramaniyar neh.


jem jgn ckp, jalan sme ditutup la. seb bek kite cuti ari ni, kalao keje?? keje je la dlm kete keh. dalam perarakan tu dorang akan membawa arca patung dewa subramaniyar ni atau dikenali jgk sebagai dewa murugan bersama dua orang isteri dewa ni atas pedati perak. kat lain-lain negeri pon ada jugak perarakan mcm ni tapi yang paling besar disambut kat kuil batu caves ni lah.





selain drpd menghormati dewa mereka, hari ni jugak hari bertaubat pada dose-dose lepas. Mereka akan membersihkan jiwa dgn berpuasa selame sebulan sebelum perayaan ni dan mengunjungi kuil. sex pon tak leh. 24 jam sblom bawak kavadi tu, doang akan pose la sepenuhnyer.


yang biasa kite tengok kat tv tu kan, mase perayaan ni, dorang akan bawak kavadi, kerangka besi ke kayu yang dorang hias dgn kertas warne-warni, bunge, buah. yang ni sme, acara sebagai membayar nazar atau bertaubat pada dewa. tau ker rupe kavadi tu yang mane? yang mcm kerangka besi dgn galang pastu nanti kavadi ni diletakkan kat bahu penoh ngan bunge-bunge, bulu merak n sbgnye. acara membawak kavadi ni bermula ketika fajar. so awal-awal pagi perayaan lagi dorang dah mula berkumpul.





acara lain, ada sesetengah dari mereka pakai selipar bepaku atau menggenekan rod logam tuk dicucukkan ke pipi, lidah and badan dorang. *saketNyer* tapi dorang tak rase sakit tu sbb mase ni dorang dlm keadaan bersawai atau dipukau. nak ase ape, tak sedar la kan. so dgn mende2 ni sme berarak la dorang pastu menaiki anak tangga sehingga pintu masuk gua batu and diletakkan kat patung dewa. 272 anak tangga tuh. tujuan bagi mereka yang membawa kavadi ni untuk mensucikan diri. selain dari penyeksaan diri utk mendpt restu dr dewa. dorang jgk akan mempersembahkan madu, susu and kelapa pada dewa. tu yang ada acara mandi susu sme tuh.





sipe bepaku tu


'cantik'
hurm, cite ttg perayaan thaipusam aku ni, ringkas mungkin. nak ckp detail sgt satgi salah pulak. aku sendri pon tak penah ke batu caves. eish trok btol. satu hari nanti aku pi jgk melawat. satu hari bila daa. kalao ade salah silap ttg cite ni, maafkan la aku.

p/s : gambar sme edisi 'orang lain', saya mintak ampon. aku berangan nak jadi photographer. bila laa nak merase D100 nih. D80 pon jadi laaaaa.
Selamat menyambut Hari Wilayah jugak, cuti lagi kita... ke ke

2 comments:

Unknown said...

smalam penat tau aku komen panjang2

ape tah aku nak komen arinih tak hengat dah ahaha..

smalam lupe nak tgk tibi tgk pasal thaipusam cucuk2 neh eeeii gelik okek

pHat sUe said...

sakit siotttttttt...

tuhan tau kot ko nak ngate aku kekeke