Sunday, February 17, 2008

butter me with love ... then ill fly !
pernah tak bila kita terjumpa kupu-kupu, kita akan ckp mereka tu tak cantik? he he. kita akan ckp, "cantiknyer kupu-kupu tu". mmg kupu-kupu tu indah :P. agaknye best tak jadi kupu-kupu? *aku penah jadi kupu-kupu malam* he he he.

mcm mcm yang kita kaitkan ttg kupu-kupu neh. ada yg kata seorang anak itu kupu-kupu syurga. cerita ttg kupu-kupu pon sme yg indah-indah. macam best jer. kat tadika pon gambar yg senang nak dilukih bile cikgu suruh tu gambar kupu-kupu lah he he. *dengan orang lidi lah* :P. dlm cerita kanak-kanak pon, kupu-kupu sme nye kelakar. cantik2 pon baik jer. tak mcm burung merak. cantik jgk tapi ? ... sombong pulak. kite tau ke die sombong korang? korang kenal ke burung merak? *eii merapu aku* :)).


skg nih, oang hias langsir pon letak kupu2. he he. tengok??. penyepit rambot kite pon kupu2. aku kasi linda penyepit buku pon kupu2. sbb aku ske kupu-kupu!!! eh jap rama-rama ngan kupu-kupu tu same ker?



sme ttg yg baik2 jer tentang kupu-kupu. tpk jap aku, agak gak kupu-kupu ni hengat tak mase die jadi beluncas? hurm...



anwayyyyyy... sajer bebel keke. *sowie, puas saya cari siapa la punye teks nih, tp tak jmp* hehe kite curikkkkkkk :P kisah nyer al-butterfly ...


Suatu hari, aku telah terjumpa sebatang kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Kepompong itu masih bersih seperti baru sahaja jatuh dari pohon. Kulihat lubang kecil pada kepompong itu. Aku duduk mengamati lubang kecil itu yang seakan-akan ada isi di dalamnya. Rupa-rupanya ada seekor kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan seperti telah lama berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. hatiku berasa kasihan melihatnya.


Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Aku mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Nah! Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya.



Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut rapat. Aku terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu.



Namun, harapanku hanya tinggal harapan. Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.



Aku yang telah membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.



Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.




Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..



Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.



Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.


Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ? Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita. (Al-Baqarah : 216)


Coretanku.. -Ibnunnur-


fuh fuh. aku tesentap biler dpt email ttg kisah kupu2 ni dr seorang kawan. *terpk aku kejap* sbbkan ianya penuh bermakne dgn maksud tesurat n tersirat yang tersendiri. *terpulang pada yg memahaminyer* jadi adalah menjadi tanggungjawab aku la berkongsi sme nih dgn orang lain di dlm kehidupan aku.


berbalik ttg respons awal setelah aku membaca keseluruhan email tu, bukannye apa. aku menarik nafas lega sbb alhamdulillah, tak tesasar la aku menyampaikan sesuatu yang lebih kurang dgn apa yang berlaku dlm kisah ni pada seorang kawan yang sedang kebingungan ttg hidupnya. hu hu.


niat diri bkn tuk menasihati tapi memberi semangat pada dia. supaya die tak terusan mcm tuh. *aku ni kecil lagi lemah tuk memberi tunjuk ajar pd orang lain* - aku sentiasa cermin diri. ape pon, stiap kali aku kebingungan orang lain pon akan melakukan perkara yang sama! terima kasih.


bila kite dalam keadaan yg sgt tenang, kita dpt berfikiran rasional. dapat berfikir secara waras, menimbang baik buruk satu perkara. bertanyakan pd diri sendiri, apa punca seme tu berlaku. kenapa mengapa apa punca nyer. bagaimana kita hendak mengatasinya. cara-caranya. sme nye dpt terjawab sekiranya kita dlm keadaan positif.


tp bila kita dilanda masalah, fikiran yg berkecamuk membuatkan kita ...* ape pekataan nih * hu hu. jem. membuatkan kita berfikir tentang yang bukan2. negatif. kadang menyesatkan. suare-suare halus yang ada dlm fikiran kita seolah-olah cuba mengambil alih siapa diri kita sebenarnya. pastu, nahhhh putus asa! sbb buntu. kita cuba larik ...tapi sejauh mane kita dpt berlari ? tak berpenghujung. u can run but u can nvr hide. so trouble shoot!


p/s: antara resolusi tahun ini, tiada lagi coretan kisah sedih ttg aku. tpk kejap aku td mase mandi *tersengih* eh aku wat entry sedih!!! di awal tahun ni huhu. tak kuat!!!! sudah sue!...sila maju ke hadapan! ... *heheSeeBileBesabotSmenyeTerganggu* hepppppp!



No comments: