Wednesday, August 05, 2009

buku baru ...

amin. selesai sudah.

hari ni, memang hari yang aku dok tunggu-tunggu. tak pernah lagi aku buat aih. * confession ke ape ni? *

dok la saling ingat-mengingati sesame sendiri, aku ngan jolie. pergh.

memandangkan tahun ini, tahun baru jugak buat aku, tahun yang bermakna. :). rasa pun lain macam jer. entry ni pon. julung-julung agaknya.

tak pernah rasa berkobar macam ni. hari ni, hari malam nisyfu syaaban. lepas maghrib tadi, aku mengambil peluang ini la untuk menutup buku lama aku

* mmg sangatla tak bagus sobs * dan menggantikan dengan yang baru. harapan baru. kehidupan yang baru.

mudah-mudahan azam untuk memperbaiki diri dengan lebih baik lagi tercapai, insyallah. dah la bakal bergelar seorang ibu lagi. haih. jadi isteri pun dok hari biru lagi. * awat sedih sangat neh *

alhamdulillah tercapai jugak. mudah-mudahan Allah memakbulkan doa-doa aku malam tadi. insyallah.

jom bace jap!

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.


Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2. Membaca Yasin 3x


i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah


ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah


iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x


Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)


3. Baca surah ikhlas 1000x


4. Berpuasa pada siangnya (isnin)

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :

adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

res: unknown

ps: hampir hanyut jugak la tang last nak perabis yaasin tadi. he he * eh eh kene tolak markah belum pape he he*

No comments: