selamat tengah malam semuanya.
aah, dah 10 bulan. cepat btol.
wannn pinjam remot eh?
wan : awatttttt masuk mulut pulak neh...
semoga berjaya la wan yer, mendapatkan balik remot anda. hihihee...
aiii wan surrender yerr ...hhehehe.
minggu lepas balik raub, ohhhh betapa sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapnya bila badan ni diurut. kesedapan sungguh.
terbeliak jugak laa mata aku ni, bila mak yah nak urut tang dada nih. semakin terbeliak laa kan, bila dicanai-canai tu. beliak dan beliak.
ai kan pemalu uols kekeke. eh 30sx pulak. nghee
sebenarnya, kebatakan jugak. first time mengurut tuh. * dah tu, memang aku ni dari zaman batu :P * syhhh
tadi siang, haris pi giant nak beli rice cooker. yer, aku berdua je. mana-mana pun berdua je lah kan. * jeling dak cit * sementara nak mengeluarkan duit tu, aku nak cepat2 ni tak ada dah bawak stroller haha. aku letak terus dalam trolley teru.
beratur laa haris ni dgn trolley dia. biasa laa aksi-aksi dia tu. ada je yang dtg nanti cuit-cuit bila lalu sebelah dia. aku bukan nampak dia buat apa. datang laa makcik ni, menggomol anak mak yg perasan 1 tahun tu.
susah jugak yer, bila anak terlebih mesra alam la jugak kan hahaha
makcik beratur belakang aku ni geram kot hah, abis digomol-gomolnya haris. nah hamik. ciom sikit cucu nenek niiiii. kekek. pastu, yg aku paling geram ialah, eeeiii wat muka suka tu kann, terosss mendepa tangan.
please, pleassssssse, trademark dia sekarang. aku kan tak layan dia nak dukung2 ni. naheeeee. berat ok. siapa laa yg tak cair bilaa tangan tu sedepa luas cam tuh. dah tentu laa kalau 10 orang lalu, semua nak didepanyaa. :))
tapi anak mammy ni pandai, sbb aku tak suke kan, tak adanye dia nak mendepa dengan aku hahaha. sian. heh * alaa aku cair, aku pun dukung la jugak * he he
dah 10 bulan ni, dah pandai macam-macam. ajak mahen. yerr, jangan ketawa ye. sila la bermain dengan anak anda. kalau dia tetiba golek, aa sila aa mak dia golek sama sama eh. hehehe
haris ni dah tau dah, abah dia balik. telinga bionic betul. bunyi tutup pintu kereta pun dia boleh tau dah abah dia balik. memang macam apop. he he.
merangkak sudah, dah boleh berdiri sendiri, and berjalan berpaut pada segala peralatan yang ada dalam rumah. yer termasuk tangga juga. arghhh
belum sedia, berjalan atau berdiri sendiri lagi. kejar apop pun rajin jugak. boring je mamat tu. :)) nak rehat pun tak senang.
naik kereta pun dah advance sekarang, dia kan tak qualify lagi duduk dalam carseat mengadap depan. budak dah besar panjang ni, mana nak dah asyik dok tgk seat jer kan heheeh. aa berdiri dia dlm tu mengadap depan.
bayangkan macam mana mommy nak pakaikan seat belt? nak memandu dengan aman. eee orang suruh duduk baik-baik, dia lagi sorong kereta dia kat dashboard tu tauuu. eeeeeeeee ... memang comel heh.
nak marah pun tak jadi ...yer laa dah pandai main kereta-kereta, vroom2 cam tu. cakap sal vroom-vroom ni, rasenya perkataan yang dia mula dah sebut tu abah. mummy nye bila pulak? haippppp.
takpe, mommy tunggu
happy thursday all.
xoxo
ps: senaman apa yang paling bestttttttttttttttttttttt sekali dibuat untuk mengkuruskan upper lengan eh? silaa kongsi :P

No comments:
Post a Comment